Tuesday 28 February 2012

Sesi Bersama Pakar Sakit Puan

bermula daripada suka gugel apa2 info yg saya terase nak tau dan akhirnya find out yg ramai lagi org yg senasib dgn saya, insan terpilih utk diuji dgn ujian penantian zuriat..

memang Allah akan uji semua org dgn ujian yg berlainan.. dan kita kena redha dan tabah utk menghadapi ujian yg dikhaskan utk kita..

setelah hampir setahun ber blog, akhirnya terase mcm sampailah masa utk berkongsi dgn satu isu sensitif utk dibincangkan mungkin pada kebanyakan perempuan yg belum mengandung..

tujuan nak share ni bukan utk nak umumkan kat satu dunia..tapi hanyalah sekadar berkongsi maklumat utk insan senasib..

utk kome yg nak jadi stalker, 'kate lah ape kome nak kate, at least I'm not a loser sebab dah BERUSAHA!'


moh mulekan cerite...

************************************************************

tahun pertama kahwin:

-stress sebab baru nak sesuaikan diri dari pertukaran status dr 'cik' kepada 'puan'..
-xpenah-penah senggugut mase bujang, tetiba minggu period pertama lepas kahwin rase senggugut mcm nak pitam..
-nak pegi cek doktor pakar, tapi tak tau salurannya dan tak tau mcm mana nak mula!

hati kate:  stress sbb org asik tanya dah mengandung ke belum dan saya pulak masih tak mengandung2 lagi..pegi klinik semua doktor kata, 'awal lagiiiiiiiii....' huhu :'(. mase ni masih lagi boleh melawak dan gelak2 bila org tanya 'bila nak dpt baby?'



tahun kedua kahwin:

-berat badan semakin bertambah
-buat macam-macam rawatan,makan macam-macam ubat,amalkan macam-macam petua, jumpa macam-macam jenis pengamal perubatan..semuanya kata OK...
- amik keputusan utk guna duit sendiri, pegi jumpa doktor pakar sakit puan atas rekemen dr kengkawan->jumpe Dr Hamid Arsyat..result: retroverted uterus, boleh mengandung tapi mungkin lambat sikit..
-buat rawatan HSG (yg menyakitkan) utk cek tiub fallopio tersumbat ke tak..result: Dr Hamid kata OK dan dapat pil kesuburan

hati kate: bila org tanya2 lagi bila nak dpt baby, mase ni dah mula terasa nak keluarkan air mata..sebab sedih...



tahun ketiga kahwin:


hati kate: usah ditanye lagi sebab tiba2 rasa mcm dah fed up nak jwb soalan-soalan yg sama didengar selama 365 hari X 3!

-hampir terase mcm dah nak give up sbb semuanya tak berjaya
-cuba mengawal stress dan berharap supaya boleh dpt baby secara natural..tapi sampai sekarang masih ditakdirkan belum ada
-secara tiba-tiba, terase nekad nak jumpa doktor sakit puan lagi sekali..kali ni bukan Doktor Hamid Arsyat, sebab tak selesa jumpa doktor lelaki..

-mula-mula cuba contact asik tak berjaya..pasrah dan cuba cari doktor perempuan lain..
-ntah kenapa, tak berjaya buat appointment dgn doktor lain jugak..
-hampir putus asa, ntah mcm mana tuhan gerakkan hati utk cuba sekali lagi..akhirnya jumpa contact number Hospital Pantai utk buat appointment..
-try call nurse kata dah penuh..try nego dan alhamdulillah nurse kata datang esok!
-macam mimpi dan tak percaye..gembira,terkejut,takut...SEMUA RASA ADA!

akhirnya saya pergi jumpa juga..




-doktor terpilih-> Doktor Adilah Ahmat

taken from Metro

result: -suspect ENDOMETRIOSIS
-retroverted uterus
-ovari kiri kat belakang rahim..(agak pelik kes ni tapi benar..).. huhu

tengah tunggu next checkup utk sahkan..

takutnya...tapi redha..

kos semua sekali tadi kat Hospital Pantai RM274


komen:

suka sangat doktor Adilah sebab explanation memang best dan buat kita paham apa yg berlaku sebenarnya kat diri kita..

tak kisah bayar mahal sikit selagi termampu daripada duit yg ada saya habiskan semua utk 'Cuti2 Malasnyer' atau utk gajet-gajet yang ada..

utk kome2 yg berminat nak buat check up dgn doktor ni, boleh cek dekat web Hospital Pantai..

kadang2 kita rasa kita OK (self defense) tapi baik kita tau apa yg TAK OK dan cuba betulkan sampai jadi OK..

**************************************************************

info yg saya baru jumpe pasal endometriosis boleh cek kat sini: http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=151

bila baca kat link tu mcm takut pulak bila sampai kat statement "Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat."

sejauh mana kebenaran pandangan ni hanya Allah yg tau..

sesape yg terbace entry saya kali ni tlg doakan supaya semuanya ok ye...

amin ya rabbal a'laminnn...


**************************

*terharu bila ada srg kakak tu ckp 'akak sentiasa doakan yg terbaik utk Axa..'..

thanks kak! terharu dan sayu rasa hati orang yg takde kakak ni.. :)

Sunday 26 February 2012

Perasaan itu datang lagi...

last checkup dengan Dr Hamid Arsyat awal tahun 2011.. alhamdulillah semuanya OK, doktor nye memang baik..

cumanya perasaan tak selesa untuk berbincang hal sakit puan dengan lain jantina tu tetap ade...

bermacam2 cara pun dah cube.. tekan sane..tekan sini.. jumpe bidan itu, bidan ini..

ada jugak yg bagi petua.. sebutla segala jenis petua.. :)

try jugak makan Biodex, makan Bidadari...

makan itu, makan ini...

try jugak cara semulajadi... cuba untuk kurangkan stress di hati..

tambah-tambah skang ni berdiri lama sikit je dah mula rase sakit kaki..

berat badan pun dah macam tak nak turun-turun lagi..

tapi Allah dah tetapkan semuanya belum menjadi..

hampir-hampir nak kata 'kalo semuanya ok,ape lagi masalahnya ni.....'

ade jugak rase give up nak teruskan perjuangan ni...



tapi.....

tiba-tiba semalam perasaan tu datang lagi...

pagi ni terus call sorang gynae..

tak sangka appointment nya ESOK HARI..


hati dah confuse.. mcm nak jerit 'yeaaaayyyyyy!!'.. sebab susah nak dapat appointment dgn doktor pakar ni...

kawan kata,  'tryla..mana tau kot kot ada rezeki..'

tapi hati kata lagi, 'betul ke apa aku buat ni??'...


takutnya nak menghadapi hari esok..huhuhu

Thursday 9 February 2012

Dilema Ibu BELUM Mengandung..

INI BUKAN DIARI tapi terase mcm nak wat entry yg lebih kurang mcm diari.. :(

pic taken from internet
tak tau samada semua org yg BELUM ada ANAK berperasaan seperti saya atau tak:

* rasa xselesa atau lebih tepat lagi TAK SUKA bila org asik tanya 'Bila lagi nak dpt baby???'

* BENCI bila ada org yg pegang2 perut kita di khalayak ramai dan kunun2 nye buat lawak ckp ,'Eh, XDE ISI lagi??'

* XSUKA bila org tanya 'Dah berape bulan??' atau memandang ke arah perut kita bila badan kita dah mula naik

* menyampah bila org yg belum kawin atau muda dr kita yg kunun2 pandai nak bagi nasihat supaya CEPAT2 DAPAT BABY..

* XSUKA bila org2 yg lebih tua atau kawin awal banding2kan umur depa ada anak dgn umur kita..cthnye: 'AKAK masa umur mcm .. dulu dah ada 6 ANAK!!', sambil pandang2 kita...ms ni rasa macam...'WHAT THE ....'(sila sambung sendiri)

* xselesa bila kawan-kawan suami asik tanya, 'Bila nak BERTIGA??'.. mase ni terase nak jawab, 'dah BEREMPAT pun, sebab kiri kanan ada malaikat Raqib dan Atid!'.. ~pengsannn

* xselesa bila jumpa kawan2 lama yg akan tanya..'Dah ade isi??'..di depan khalayak ramai..

* MARAH bila org buat lawak bodoh yg berkaitan dgn keadaan fizikal kita yg dah membesar di tempat awam..


***************************************************************************

tapi nak buat mcm mana..
mulut manusia memang tak boleh tutup..
memang redha dgn takdir dan ujian Allah..dan sgt yakin bahawa PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK!!..

cuba utk besabar dan bertenang.. cuma tahap kesabaran setiap org ada hadnya..

sesiapa yg pernah terbuat perkara2 yg disebutkan kat atas ni, harap2 lepas ni tak buat lagi la..

cuba fikirkan kamu di tempat saya..

apa kamu rasa??

utk yg pernah terbuat perkara di atas pd diri ini, dimaafkan dan jgn buat lagi ye.. tak suka!

sekian...

~percaya kepada qada' dan qadar..rukun iman yg keenam..minta maaf sebab terpaksa gunakan perkataan-perkataan negatif dlm entry ni..

LinkWithin