Tuesday 17 April 2012

Detik-detik Pembedahan

nak cepat2 habis entry ni sebelum saya lupe mcm mana perasaan nak kena bedah..huhu
benda yg paling saya takut masa nak kena bedah ialah, 'Pengsan tu macam mana?'

saya tak risaukan macammana doc akan buat operation tu..yg saya risau,'mcm mana pengsan tu ye?'..

secara jujurnya tak penah pengsan, tak penah masuk wad dan jarang sgt sakit yg kena inject2 ni..demam pun sekali je utk beberapa tahun..huhuhu..

tiba2 amik keputusan utk operate mestila mcm2 dlm kepala kan...


**********************************************************
*sebelum pembedahan*
dipendekkan cerita, hari pembedahan tu terus register nak masuk wad mcm yg disuruh oleh doc cantik mase follow up sebelumnya..

dlm kol 9 lebih dah sampai hospital dan terus je admitted..

pembantu hospital bawak saya n en nixa ke wad dan sampai je wad terus disambut oleh nurse2 dan ada sorang doc yg kebetulan ada dkt kaunter..

nampak je saya tercangak2 kat situ, doc tu terus tanya, 'ni patient doc Adilah ke?' dan he introduce himself as 'Pakar Bius'!

terus takut!!! huhuhu..

nurse suh timbang berat dan amik blood pressure.nurse bagi penerangan pasal bilik dan suh tukar baju utk operation...

pastu pakar bius tu tadi masuk dan terus cek pernafasan semua..

masa ni berdebo sgt..asik pk, 'dah nak kena pengsan ke ni???'

tetibe time tu pulak doc cantik kol pakar bius tu tanya saya dah sampai ke belum..saya dengar pakar bius tu kata kat doc cantik, 'ok, we'll start around 11.30'....

sejuk2 dah kaki masa ni..elok je pakar bius td kuar, saya baring utk cool down sambil tengok 'Nora Elena'..

asik tanya en nixa dah pukul bape..huhu..bila en nixa gosok2 kepala saya je terus airmata pun laju je mengalir tetiba..sebak sket sebab takuttttt...tak habis2 baca mcm2 doa yg saya igt..

tapi kejap je la 'drama neng yatimah' tu..hehe..sbb tak lame pastu 2 org nurse datang nak inject..

saya disuruh mengiring ke kanan..mase tu sempat tanya..'ni injection yg kasi pengsan tu ke?'..aduyaii..hehhe

nurse senyum, dia cakap bukan..yg ni utk 'penenang'..dia inject dua kali tapi kat tempat yg lain..

tak rasa sakit pun sebab teringat kawan pesan..'jgn keraskan badan..'

lepas je kena inject, terus ngantuk ya amatt... mase ni ter pk, mcm ni kot rase org yg hisap dadah tu..tenanggggggggggggggg je..cuma mata mengantuk rs mcm berat nak buka mata..

pastu saya sedar deme tarik katil tu utk pegi ke operation theatre..en nixa ikut skali tapi sampai je  ke pintu operation theatre tu en nixa dah tak boleh ikut..deme tutup pintu..

mase kat dlm bilik ni deme tanya nama saya, operation apa, doc ape..utk confirmkan je kot..pastu tanya ada pakai barang kemas ke tak..dsbnya.. saya sedar lagi masa ni..cuma ngantukkkk..mulut tak habis lagi baca segala jenis doa..

pastu deme tarik katil tu ke sebelah katil yg muat2 badan saya je..dan saya nampak pakar bius tadi dah standby tepi katil tu..

elok saya baring je kat katil tu, saya nampak lampu operation (tapi belum dinyalakan) dan pakar bius suh letak tangan kiri kat ada tempat letak tangan..

saya sempat tanya dia..'tangan kanan nak letak mane..'.. sebab takde tempat letak tangan utk sebelah kanan..

pakar bius tu jawab..'u letak je mane2..'..

eh??? kekeke ;p..

elok je saya letak tangan kiri kat tmpt yg disuruh, pastu tangan kanan saya letak atas perut..

saya terase panas je kat tangan kiri..tak taula pakar bius gosok dgn apa..tak pandang sebab takmo rasa takut..

mase ni pulak terase tangan kanan saya diletakkan benda utk nadi tu rasenye..pastu rase cm badan dilekat selotep dan di pasangkan alat ape ntah..yg wayar2 hospital mcm kita tgk cita kat tv tu..

saya dpt dengar bunyi denyutan jantung saya kot..melalui mesin jangkahayat tu..tak tau apa sebenarnye berlaku masa tu sebab saya tak nak tengok..

nanti takut melampau2!..

last ayat yg saya dengar sebelum pengsan..

pakar bius cakap ' ayoyo u!!'... pastu dgr nurse ckp, 'sorry doctor..sorry..'

dah saspen dah masa ni..tak taula apa yg nurse tu dah buat... mase ni saya bergantung harap kat Allah je la.. menyerah diri kepada Allah..

dah tak sedar dah lepas tu....

*********************************************************

*selepas pembedahan*

sedar2 je mcm terdengar bunyi denyutan jantung lagi..pastu nampak samar2 org pakai shower cap (utk operation tu).. mase ni dlm hati dok risau, 'eh, aku tersedar mase deme tengah buat operation ke ni?'

terus buat2 tido balik sebab takut ya amat..tiba2 nampak pulak kelibat 3 org tak tau sapa (doc kot)..cakap 'operation dah habis..operation dah habis..' depan muka saya..

pastu tersedar nurse cabut penekup oksigen tu dan terasa perut sedikit pedih..

masa ni agaknya saya dah sedar la tu..deme tolak kuar dr operation room..

saya tak rase penat atau sakit sgt..cuma rase mamai dan ngantuk lagi..pastu saya nampak en nixa setia menunggu bila nurse bukak pintu operation room tu..

terus rase lega sangat dan senyum kat en nixa..

nurse hantar saya ke wad dan masa tu tgk jam dah pukul 3.30 ptg!..rasenye mase masuk operation theatre td dlm pukul 11.30 pagi..lamanya..huhuhu..

mungkin operation tu kejap je..dlm bilik operation tu kot yg lama sbb nak tunggu siap semua..

masa ni tangan kena masuk air agaknya utk neutralkan badan dr dadah tu kot n xmo bagi dehydrated..

saya hanya dpt minum bila dah pukul 7 mlm...huhu..bayangkan la..dahaganya masa ni..

masa baru kuar dr operation theatre tu alhamdulillah terus boleh sembang dgn en nixa dan sempat reply SMS member opis..

sempat tepon mama bagitau baru habis operation..

mama terkejut ya amat sbb sebenonye saya rahsiakan semua ni dr family..'anak bertuah!'..kata mama..

hehehhe..memang bertuah pun mama ;)

**************************************************************

tu le pengalaman hidup yg mmg sampai bila2 saya tak boleh lupe..

sekian,

~dah habis ;p~

Pembedahan Laparoskopi

lupe nak inform..operation ni utk buang endometriosis..



saya dah buat ujian darah ca125..tapi result dia doc cantik kata result cantik sgt..saya pun xpaham apa maksud 'cantik sangat'..huhuhu

doc cantik kata mungkin endo peringkat awal ataupun dah lama yg tinggalkan parut..tapi doc cantik tak suka buat assumption..ye le..buatnye assumption tu salah, kan dah takutkan patient pulak kang..

kalo nak sahkan kena buat operation  'laparoskopi'.. baru boleh tgk betul2 apa masalah sebeno dan betulkan apa yg patut..

kat bawah ni saya gugel laparoskopi tu ape..kome blh cari jugak kat blog doc adilah, doc hamid arsyat atau doc pakar yg lain..

***********************************************


Laparoskopi


Laparoskopi merupakan prosedur harian dan memerlukan bius keseluruhan. Insisi sepanjang 0.5 hingga 1.5cm dibuat di bahagian abdomen untuk membolehkan doktor memasukkan teleskop bagi melihat organ dalaman secara langsung. Gas karbon dioksida akan dipam ke dalam abdomen supaya organ-organ tidak melekat antara satu sama lain sekaligus membantu doktor melihat dengan lebih jelas. Gas ini akan dikeluarkan semula selepas prosedur. Tiub fallopian juga akan diuji untuk memastikan ianya tidak tersumbat.
Semasa prosedur laparoskopi, punca ketidaksuburan contohnya endometriosis, dan fibroid boleh disahkan. Laparoskopi boleh dilakukan untuk tujuan diagnostik dan juga teraputik. Contohnya, sekiranya diagnosis endometriosis disahkan semasa prosedur laparoskopi, ianya boleh dirawat pada masa yang sama. Selain itu, lekatan pelvis juga boleh dileraikan semasa prosedur laparoskopi.

Sebelum menjalani laparoskopi, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1.
jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum prosedur.
2.
jangan memakai pengilat kuku, alat solek, pewangi, barang kemas atau kanta lekap semasa memasuki bilik pembedahan.
3.
memakai pakaian yang longgar supaya tiada tekanan dikenakan di bahagian pusat anda.

Selepas laparoskopi;

anda akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan muntah-muntah.

anda akan mendapati satu insisi sepanjang 1/2 inci di bahagian bawah pusat dan beberapa insisi sepanjang 1/4 inci berhampiran bulu pubis.
Sekiranya tedapat darah, pembengkakan atau kegatalan pada luka pembedahan sila dapatkan nasihat doktor.

anda akan berasa lemah dan tidak selesa untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, anda perlu bergerak dan meningkatkan aktiviti sedikit demi sedikit. Jangan melakukan aktiviti yang membebankan sehingga doktor membenarkan anda berbuat demikian.

anda boleh mengadakan hubungan seks 3 hari selepas prosedur. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih berasa sakit atau terdapat pendarahan vagina, anda dinasihatkan supaya menunggu sehingga pulih sebelum mengadakan hubungan seks.
 
**********************************************
 
sebenonye ada lagi operation yg doc cantik buat utk saya, tapi tak igt nama sains dia apa.. salah satu nya laparoskopi la..
 
doc cantik tak paksa..cuma doc kata kalo tak nak buat operation dtg follow up dgn dia hari ke2 period..
 
kalo nak buat operation dtg hr ke 9 period..
 
setelah ber pk panjang..saya pilih utk dtg hari ke 9 period...sebabnye????
 
-umo makin betambah..baik buat cepat2 sebelum percentage utk pregnant makin sikit..
 
- buat ape simpan penyakit dlm badan?
 
-kalo betul nak operate, baik operate masa tgh sihat sebelum kena kencing manis dsbnya..nanti kot2 kalo ade diabetis kan dah susah..
 
-teringat kawan kata, kalo kita cuba ada 2 kemungkinan..berjaya atau tak berjaya.. tapi kalo tak cuba, ada satu je jawapan..tak berjaya!.. baik cuba! kannnnnn? ;P
 
 
 
* akan ku cuba sampai berjaya..dengan izinNya..insyaAllah (^ , ^ ) *
 

Monday 16 April 2012

Pengalaman Sebelum Pembedahan

buat mase ni saya sedang berehat kat rumah. tu yg rajin meng apdet blog..hehehe..

best sgt sbb tak payah pening kepala stress tgk keje kat opis  yg tak penah nak berenti tu..makin bertambah ade la..

Allah bagi cuti suh berehat dari stress kot..alhamdulillah..

*****************************************************

dua hari sebelum pembedahan:

-follow up dgn doc cantik (doc Adilah)
-pegi opis settle kan apa yg patut
-sempat g dgr ceramah ustaz Azhar Idrus...heeeee ;)
-sempat gak g buat cek CBE (clinical breast examination), program MAKNA-TNB..deme ajo cek breast supaya kita dpt trace kelainan pada breast sdri..kalo lain macam,terus kena g refer doc..penting ni kome..org pompuan memang bnyk penyakit..huhuhu

sehari sebelum pembedahan:

-cuti umum pertabalan agong
-sempat pegi tengok wayang dgn ex-housemate mase bujang dulu..cite - 'Mirror mirror'..hehe
-dari pagi sampai kol 12tghhari dok pulun makan nasik dan sebagainya sbb nanti kena diet!

-diet ni doc cantik suh amalkan before pembedahan..kena kosongkan perut,katanya..

S for Sirap.. R for Ribena ;)

kat bwh ni pulak FLEET SODA yang saya minum ikut guide doc cantik dan instruction kat kotak dia..


 
sampai melecet2 la bontot sbb asik ke toilet..lepas 'uk uk' je trs minum air putih dan ribena bnyk2 sebab tkt terhidrat..esoknya dah la kena posa!!! huhuhu..

tido malam sebelum operation tu amatla tak lena sbb asik ke toilet..


* to be continued (",) *

LinkWithin