Showing posts with label Lucrin. Show all posts
Showing posts with label Lucrin. Show all posts

Sunday, 16 September 2012

Selepas Lucrin & HSG treatment

salam geng TTC..

ramai yg tanya apa latest progress lepas amik Lucrin dan HSG tu.. baiklah..nak jawab satu satu..

masa first Lucrin injection tu sepatutnya period dtg serentak atau sblm 1st Lucrin..tp my period delay sampai hari ke 18 kalo tak silap..masa ni dah risau pregnant sbb doc adilah kata kalo tgh amik lucrin, x digalakkan pregnant..takut baby cacat..masa tu semua simptom2 org pregnant ada kat saya..

abis tangan lebam2 buat ujian darah utk cek hormon..dlm rm300 lebih habis rasanya utk blood test tu kalo xsilap..sbb ada beberapa ujian darah lain yg dibuat selain utk cek pregnant ke tak..alhamdulillah masa tu x pregnant..

masa nak dekat2 lucrin ke 3 pulak saya kena gatal2 kulit..doc kat pusrawi suggest makan EPO (Evening Primerose Oil).. nasib baik baru makan 2 bijik je sbb bila bagitau doc adilah, doc tak kasi makan sbb doc kata kalo org yg ada endometriosis makan EPO, nanti takut jadi lagi teruk..EPO mcm 'makanan' kpd endometriosis.. kussss semangat! manala den tau..huhhu..sib baik tak makan banyak2 lagi, sbb saya gugel2 EPO ni bagus..tak tau pulak xsesuai utk org yg ada endo..skang ni dah takut nak makan apa2 ubat sbb takut ada side effect kat endo..takut endo ni merebak lagi..ngeri..nauzubillah..

lps buat HSG pulak pegi follow up dgn doc adilah..tiub ok,xsumbat..cumanye adhesion dlm rahim masih ada lagi sbb doc masih boleh nampak dye tu bila dia scan..spttnya dye tu dah hilang..hmmm..

pastu doc ckp awal bulan 9 akan period setelah sekian lama amik lucrin yg bagi kita tak period..ms ni doc dah tak halang kalo kita plan nak pregnant secara tak yah amik apa2 ubat sbb treatment akan disambung lepas period hari kedua.. doc kata kalo x period dtg jumpa dia 10 hari dr tarikh yg sepatutnya period..

masa ni dah berdebar dan happy la sebab hari ke 7 masih tak period. terus call hospital pantai buat appointment..tgk2 hari ke 8 period yg pertama dah datang! tetiba terbayang duit melayang2 utk rawatan seterusnya.. ;(

takpe la, xde rezki..lagipun masa bulan 8 yg teman dpt posa penuh tu teman stress ya amat kat opis..sampai mengalir2 air mata laa..

oh ye, bulan 8 teman tak period sbb effect lucrin belum habis lagi..alhamdulillah dpt merasa posa penuh.. :)

mase nak dtg period pertama lepas habis treatment lucrin tu teman rs penat sgt, sedikit moody, sakit mcm period pain tu..1st day period frust sgt..diam dulu, xbgtau en nixa..tido jap n bangun balik sbb skt perut, pastu br bgtau en nixa..pastu terus rs nak nangis :(

tapi xlama pun nangis..after dah ok en nixa tlg pujuk, trs mcm nothing happen.. terasa kuat, terasa bersemangat, terasa mesti redha..Allah baru uji sikit je..ada org yg lagi hebat ujiannya :)

utk geng TTC, next treatment after Lucrin n HSG ialah IUI..kalau tiub kome ok..kalo tak berjaya jugak, paling last rasanye IVF kot..huhuhuhu..

tapi rasanya treatment ni ikut condition pesakit..ikutla doc kome nak bagi treatment apa..

teman harap teman masih mampu la utk tanggung kos ni..dan harap sgt ianya berjaya...mahaiii oo kos nak dapat anak! ;)

kalo teman dah tau berapa kos sebenar utk next treatment nanti teman update k.. peace! (",)

Wednesday, 13 June 2012

Kesan Sampingan 'Lucrin' dan Tanda2 Penuaan?

saya rase, Lucrin dah lama menunjukkan kesan2 nye..hehehhe..

bagi yg tak tau Lucrin tu ape, Lucrin ni injection ye...

 atas nasihat doc cantik, saya kena amik 3 bulan sebab plan utk pregnant..kalo xde plan utk pregnant, rasenye kena amik 6 bulan.. ni baru bulan kedua..injection yg last end of June nanti..

*********************************************

Apakah Lucrin Depot ?
Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik.

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?
Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?
Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?
Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?
Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah  kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?
Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?
Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?
Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin ubat akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatlah rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih.

Kesan ini hanya sementara dan akan pulih sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

**************************************************
 
teringat doc cantik kate before saya amik Lucrin..
 
doc cantik: lepas ni u akan jadi macam org tua..
 
saya: ??
 
skang dah paham kot apa yg doc maksudkan tu..
 
kesan2 Lucrin kat saya:
-badan cepat berpeluh2 mcm org baru habis jogging..lagi lagi skang ni musim panas..lagi la laju peluh mengalir..
-lenguh2 belakang..(terasa mcm sangat makcik2..)
-cepat rase sensitif dan moody...huhuhuhu ;(
-pelupa..
-rasa mcm dah tua sangat, rasa down, rasa stress, rasa nak menangis tiba2, rasa teruk la.. ;(
 
memang tak nak ikutkan hati, tapi tetap rase jugak! sesapa yg amik injection ni, bersedia la utk jadi tua..
 
masa ni ter pk, oooo..mcm ni ke org menopos rase..kesiannya..harap2 rasa ni mmg utk sementara je ;p
 
*nak cepat2 habis rawatan ni..nak concentrate kat matlamat utama pulak..ntah berjaya, ntah idak..Allah je yg tau..kome tlg doa2 kan jugak ye! ;)

LinkWithin