Thursday 11 April 2013

IUI (Intra Uterine Insemination)...with doc Adilah Ahmat ;)

alhamdulillah, pagi tadi dah selamat buat IUI..doc cantik bagi MC dkt saya and husband hari ni..

so hari ni rehat2, xmo stress :)



utk sesape yg nak buat IUI kena tau ni...


before IUI:

-doc akan suh makan clomid selama 5 hari dari hari ketiga/kedua period..for my case, clomid xde effect,so kena buat suntikan hormon..tu yg amik Pergoveris tu.. :)

-utk Pergoveris pun akan kena inject 5 hari..tapi for my case lagi, telur masih xckp besar after doc scan TVS..so kena tambah dos lagi..so saya continue Pergoveris lagi 3 hari...

-lepas tu jumpa balik doc utk scan TVS semula..and doc tgk telur dah ada yg matang, so malam tu kena inject Ovidrel pulak..
Ovidrel ni kena inject 3 hari sblm tarikh kita nak buat IUI..kena plan nak buat IUI tu pukul berapa..mcm saya plan nak buat IUI dlm kol 11am..so kena inject Ovidrel pukul 10.30pm-11pm 3 hari sebelum..

-hari yg dah inject Ovidrel dah xboleh 'together' sbb nak simpan quality sperm utk guna masa IUI..


hari nak buat IUI:

-datang awal utk proses sperm analysis..kitorg dh sampai hospital pantai dlm pukul 8.30am...naik moto je sebab xmo terlewat..doc cantik kata lepas prosidur boleh naik moto,xde masalah..

-sampai je terus ke blok 7 tgkt 2, bahagian IVF..

-bagi je surat yg doc cantik suruh pass pada org kat tgkt 2,bhgn IVF tu..

-then org tu bagi bekas ni dan suruh kitrg masuk satu bilik yg digunakan utk tujuan pengeluaran sperm..dlm bilik tu ada toilet dan takde org pun masuk bilik tu kecuali sapa yg disuruh..



-ok la bilik tu..so far so good :) ada toilet kat dalam bilik...kome jgn imagine mcm bilik tidur hotel lak eh..takde maknenye!hihihi...

saya penah g satu klinik ni before kat hospital pantai..
ada ka dia bagi bilik "Operation"...??? pastu staff kat klinik tu mcm xde etika langsung..
dok senyum2 dan siap ckp lagi,'jgn masuk bilik tu tau, sbb ada org nak buat sperm analysis hr ni..'
memang xpegi dah la situ..huhuhu

-after submit sperm kat tempat IVF tadi, kena tunggu utk diorg 'tapis' sperm..nak amik sperm yg berkualiti je utk IUI..

-then kitrg lepak kat lobi dulu..dalam pukul 10am baru naik kat klinik doc cantik utk register dan tunggu dipanggil masuk bilik doc..

*sebelum tu kome xboleh kencing dah tau 30 minit sebelum IUI..sebabnya doc nak pundi kencing penuh masa prosidur tu..


******************************
 
proses IUI:

  • doc suruh baring mcm nak scan TVS tu..(org yg biasa buat tau la)
  • lepas tu doc sapu gel utk scan perut..
  • then doc scan dan tunjuk satu tempat kat screen..doc kate ni 'jalan' utk sperm begerak dan kena make sure sperm berkumpul kat kawasan tu..jgn bagi 'dia' patah balik keluar..
-doc kate pundi kencing saya penuh sgt..senang dia nak buat keje,tapi may be saya la yg susah sket sbb kena tahan kencing..

*xboleh kencing 30 minit selepas IUI..

-doc cantik suruh pegang alat scan tu sementara doc nak inject sperm my husband..'nebes' sat sbb 1st time pegang benda tu and scan perut sendiri..huahuahua..
  • tetibe doc ckp, 'jgn keras kan badan ye'..
-baik doc!..may be masa tu terkeraskan badan sbb 'nebes'..
  • doc letak spekulum mcm nak buat HSG tu..dan tetibe terus nampak mcm sperm berenang ikut 'jalan' yg doc tunjuk tadi kat screen..wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!bila mase doc inject?xrasa pun...
-macam2 doa saya baca esp doa nak dpt zuriat..ada jugak la yg terkeluar sket sbb may be saya terkeraskan badan..huhuhu

-lepas je semua sperm dah berkumpul dlm tempat yg doc ckp tu, doc kata,'OK siap!'...

-saya dlm bilik doc dlm 15 minit je..xpayah mengiring2 ke kanan or ke kiri dan tunggu beberapa minit mcm yg saya baca blog org tu..

-sebabnya doc cantik kata, yg penting teknik.. never mind doc, we trust u! :D


*******************

after the procedure, doc explain result sperm analysis husband dan doc suruh amik Utrogestan (ubat utk kuatkan rahim) again..after that, for next appointment kena tunggu result UPT baru jumpa doc balik..

-nasib dah buat entri pasal Utrogestan, sebab saya dah lupa dah mcm mana nak guna ubat tu dan berapa harganya..

-doc bagi MC lagi dua hari, empat hari after today..sebabnya, doc kata masa hari tu and onwards kena rest sebab masa tu ovum baru nak melekat..


*so hari yg buat IUI doc ckp nak g shopping ke apa ke boleh saja ;)..hari yg doc suruh rest tu jgn lasak2 sgt la…

Oh ye..jgn lupa mandi wajib after IUI..
 
******************************
 
kalau nak tau lagi detail pasal IUI, klik la blog doc cantik kat bawah ni..sgt membantu :)
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin