Thursday 1 March 2012

Wanita mandul akibat gangguan jin? Nak percaye ke tak percaye..

pertama sekali nak bgtau bukan niat create entry ni utk dpt simpati atau perhatian.. cuma nak berkongsi je kot2 ade sesape yg terbaca entri ni dan ada pengalaman..

oleh sebab Doktor Adilah suspect saya ade endometriosis, make nye asik la gugel pasal penyakit tu..semakin gugel, semakin takut...huhuhu

terjumpe discussion pasal topik ni kat sini:

http://ratuhati.com/forum/index.php?action=printpage;topic=213.0


********************************************

sebelum kahwin mmg tak pernah senggugut..period cycle mmg normal sampai sekarang..

mase tahun pertama kahwin tu saya senggugut mcm nak pitam utk pertama kali dlm hidup..mase tu ramai kawan ingat yg saya dah pregnant sbb mmg lemah longlai dan asik mc..

port utk lepak mase MC adalah kat rumah sewa mase bujang, sbb mase tu saya tinggal dgn family mertua..

FIL dah pencen dan takkan saya nak balik umah tinggal dgn FIL je kot..tak manis org nampak kang..

bile dah lepak dgn ex-housemate, ade srg tu tanye saya..

'TAK NAK TRY BERUBAT KAMPUNG KE? ADA KAWAN KITE BERUBAT KAMPUNG, ORG TU KATA KAT RAHIM DIA ADA JIN!'

mase ni saya senyum je la sbb tak ter pk la pulak benda2 macam tu..mase tu hati kate..'YE KE?'

tapi bila dah gugel2 skang ni, terus tringat balik..

mata terpaku jap kat statement orang ni dekat link yg saya bagi kat atas tadi:

Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.


Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.


*****************************************

wallah hu a'lam!   selagi takde pengesahan daripada pakar perubatan Islam yang sah, JANGAN PK BUKAN2..


terase mcm nak cuba dua2! rawatan secara moden (science) dan rawatan secara islam..

ape pun kalau semuanya diizinkan Allah dan dlm perancangan Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin