Thursday 9 February 2012

Dilema Ibu BELUM Mengandung..

INI BUKAN DIARI tapi terase mcm nak wat entry yg lebih kurang mcm diari.. :(

pic taken from internet
tak tau samada semua org yg BELUM ada ANAK berperasaan seperti saya atau tak:

* rasa xselesa atau lebih tepat lagi TAK SUKA bila org asik tanya 'Bila lagi nak dpt baby???'

* BENCI bila ada org yg pegang2 perut kita di khalayak ramai dan kunun2 nye buat lawak ckp ,'Eh, XDE ISI lagi??'

* XSUKA bila org tanya 'Dah berape bulan??' atau memandang ke arah perut kita bila badan kita dah mula naik

* menyampah bila org yg belum kawin atau muda dr kita yg kunun2 pandai nak bagi nasihat supaya CEPAT2 DAPAT BABY..

* XSUKA bila org2 yg lebih tua atau kawin awal banding2kan umur depa ada anak dgn umur kita..cthnye: 'AKAK masa umur mcm .. dulu dah ada 6 ANAK!!', sambil pandang2 kita...ms ni rasa macam...'WHAT THE ....'(sila sambung sendiri)

* xselesa bila kawan-kawan suami asik tanya, 'Bila nak BERTIGA??'.. mase ni terase nak jawab, 'dah BEREMPAT pun, sebab kiri kanan ada malaikat Raqib dan Atid!'.. ~pengsannn

* xselesa bila jumpa kawan2 lama yg akan tanya..'Dah ade isi??'..di depan khalayak ramai..

* MARAH bila org buat lawak bodoh yg berkaitan dgn keadaan fizikal kita yg dah membesar di tempat awam..


***************************************************************************

tapi nak buat mcm mana..
mulut manusia memang tak boleh tutup..
memang redha dgn takdir dan ujian Allah..dan sgt yakin bahawa PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK!!..

cuba utk besabar dan bertenang.. cuma tahap kesabaran setiap org ada hadnya..

sesiapa yg pernah terbuat perkara2 yg disebutkan kat atas ni, harap2 lepas ni tak buat lagi la..

cuba fikirkan kamu di tempat saya..

apa kamu rasa??

utk yg pernah terbuat perkara di atas pd diri ini, dimaafkan dan jgn buat lagi ye.. tak suka!

sekian...

~percaya kepada qada' dan qadar..rukun iman yg keenam..minta maaf sebab terpaksa gunakan perkataan-perkataan negatif dlm entry ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin