Tuesday 28 February 2012

Sesi Bersama Pakar Sakit Puan

bermula daripada suka gugel apa2 info yg saya terase nak tau dan akhirnya find out yg ramai lagi org yg senasib dgn saya, insan terpilih utk diuji dgn ujian penantian zuriat..

memang Allah akan uji semua org dgn ujian yg berlainan.. dan kita kena redha dan tabah utk menghadapi ujian yg dikhaskan utk kita..

setelah hampir setahun ber blog, akhirnya terase mcm sampailah masa utk berkongsi dgn satu isu sensitif utk dibincangkan mungkin pada kebanyakan perempuan yg belum mengandung..

tujuan nak share ni bukan utk nak umumkan kat satu dunia..tapi hanyalah sekadar berkongsi maklumat utk insan senasib..

utk kome yg nak jadi stalker, 'kate lah ape kome nak kate, at least I'm not a loser sebab dah BERUSAHA!'


moh mulekan cerite...

************************************************************

tahun pertama kahwin:

-stress sebab baru nak sesuaikan diri dari pertukaran status dr 'cik' kepada 'puan'..
-xpenah-penah senggugut mase bujang, tetiba minggu period pertama lepas kahwin rase senggugut mcm nak pitam..
-nak pegi cek doktor pakar, tapi tak tau salurannya dan tak tau mcm mana nak mula!

hati kate:  stress sbb org asik tanya dah mengandung ke belum dan saya pulak masih tak mengandung2 lagi..pegi klinik semua doktor kata, 'awal lagiiiiiiiii....' huhu :'(. mase ni masih lagi boleh melawak dan gelak2 bila org tanya 'bila nak dpt baby?'



tahun kedua kahwin:

-berat badan semakin bertambah
-buat macam-macam rawatan,makan macam-macam ubat,amalkan macam-macam petua, jumpa macam-macam jenis pengamal perubatan..semuanya kata OK...
- amik keputusan utk guna duit sendiri, pegi jumpa doktor pakar sakit puan atas rekemen dr kengkawan->jumpe Dr Hamid Arsyat..result: retroverted uterus, boleh mengandung tapi mungkin lambat sikit..
-buat rawatan HSG (yg menyakitkan) utk cek tiub fallopio tersumbat ke tak..result: Dr Hamid kata OK dan dapat pil kesuburan

hati kate: bila org tanya2 lagi bila nak dpt baby, mase ni dah mula terasa nak keluarkan air mata..sebab sedih...



tahun ketiga kahwin:


hati kate: usah ditanye lagi sebab tiba2 rasa mcm dah fed up nak jwb soalan-soalan yg sama didengar selama 365 hari X 3!

-hampir terase mcm dah nak give up sbb semuanya tak berjaya
-cuba mengawal stress dan berharap supaya boleh dpt baby secara natural..tapi sampai sekarang masih ditakdirkan belum ada
-secara tiba-tiba, terase nekad nak jumpa doktor sakit puan lagi sekali..kali ni bukan Doktor Hamid Arsyat, sebab tak selesa jumpa doktor lelaki..

-mula-mula cuba contact asik tak berjaya..pasrah dan cuba cari doktor perempuan lain..
-ntah kenapa, tak berjaya buat appointment dgn doktor lain jugak..
-hampir putus asa, ntah mcm mana tuhan gerakkan hati utk cuba sekali lagi..akhirnya jumpa contact number Hospital Pantai utk buat appointment..
-try call nurse kata dah penuh..try nego dan alhamdulillah nurse kata datang esok!
-macam mimpi dan tak percaye..gembira,terkejut,takut...SEMUA RASA ADA!

akhirnya saya pergi jumpa juga..




-doktor terpilih-> Doktor Adilah Ahmat

taken from Metro

result: -suspect ENDOMETRIOSIS
-retroverted uterus
-ovari kiri kat belakang rahim..(agak pelik kes ni tapi benar..).. huhu

tengah tunggu next checkup utk sahkan..

takutnya...tapi redha..

kos semua sekali tadi kat Hospital Pantai RM274


komen:

suka sangat doktor Adilah sebab explanation memang best dan buat kita paham apa yg berlaku sebenarnya kat diri kita..

tak kisah bayar mahal sikit selagi termampu daripada duit yg ada saya habiskan semua utk 'Cuti2 Malasnyer' atau utk gajet-gajet yang ada..

utk kome2 yg berminat nak buat check up dgn doktor ni, boleh cek dekat web Hospital Pantai..

kadang2 kita rasa kita OK (self defense) tapi baik kita tau apa yg TAK OK dan cuba betulkan sampai jadi OK..

**************************************************************

info yg saya baru jumpe pasal endometriosis boleh cek kat sini: http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=151

bila baca kat link tu mcm takut pulak bila sampai kat statement "Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat."

sejauh mana kebenaran pandangan ni hanya Allah yg tau..

sesape yg terbace entry saya kali ni tlg doakan supaya semuanya ok ye...

amin ya rabbal a'laminnn...


**************************

*terharu bila ada srg kakak tu ckp 'akak sentiasa doakan yg terbaik utk Axa..'..

thanks kak! terharu dan sayu rasa hati orang yg takde kakak ni.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin