Sunday 4 March 2012

Pengalaman Berubat di Darussyifa'

Pertama sekali nak ucap tima kasih pada kome yg bagi pandangan dan nasihat dekat emel dan private message :).

Akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke Darussyifa' ni..

plan asal nak pegi hr selasa, sebab teringin nak jumpa Ustaz Haron Din..tapi agaknya memang takde dlm perancangan Allah untuk berubat dgn Ustaz Haron Din kot..

sebab appointment dgn Doc Adilah jatuh pada hari yg sama..redha je la kann..

sampai kat Darussyifa' Bangi Ahad pagi tu terkejut jap..

en nixa kata, nasib baik gak tak berkeras nak pegi jugak jumpa Ustaz Haron Din hari Selasa..sebabnye Ustaz takde 3 minggu, pegi umrah..

masa ni terase memang ade hikmah disebaliknya appointment doc Adilah tu jatuh pada hari yg sama.

agaknya kalo berkeras nak pegi jugak pagi2 selasa tu, memang takkan jumpe la dgn Ustaz Haron Din...

syukran.. :) (kat sini nampak tak yg 'perancangan Allah lebih baik'?.. (",) )




*********************************************

saya sampai nak dekat pukul 10 kot..

terus parking kereta dan masuk dlm Darussyifa' utk register..kena tulis nama kat buku pendaftaran..dpt nombor 44..

kat situ ada jual air utk berubat..tak payah bawak / beli air pun tak pe..

harga satu botol yg kurus tinggi rm2.. botol yg besar sket yg mcm 4 segi tu rm6.. amik botol tu dan masukkan duit dlm tabung kat area botol2 tu..

tunggu sampai nama dipanggil oleh ustaz bertugas.

tak lama pun saya n en nixa tunggu.. duduk2 jap kat ruang menunggu tu tak lama lps tu terus nama saya dipanggil..

ustaz suruh masuk dlm bilik rawatan no 8..saya curi2 tengok tag ustaz tu nama dia Azman Yusof :).

baik je ustaz tu..mula2 ustaz tanya nak buat rawatan apa dan saya pun cerita secara ringkas je la..

lepas tu ustaz suruh en nixa duduk kat sebelah kanan saya, ustaz tengok belakang tapak tangan dan tapak tangan saya dan en nixa..ni bukan tilik nasib tau! ;p

ustaz baca2 ayat quran dan tanya,' Selalu makan kat luar ke?'..

saya n en nixa terkejutla sbb kami jarang makan luar.. rupa2nya bila pk balik kami TIAP2 hari keje makan kat luar..utk LUNCH and BREAKFAST!..huhuhu..weekend n makan malam je makan kat umah..

ustaz kata nampak macam ada cahaya putih kilat2 kat tapak tangan.. ustaz kata lagi makanan tu TAK BERSIH..tak tau la tak bersih dr segi kebersihan ke atau 'tak bersih' lain..(ada pelaris dsbnya)..

kami dorang assume tak bersih kebersihan la..pelaris tu wallah hu 'alam.. betul jugak, kalo makan kat luar mane la kita tau org tu basuh sayur bersih ke tak,kan..

dlm hati kate,' huwaaaa..lepas ni kena masak setiap hari walaupun penat la...' huhuhu..tak tau berjaya ke tak nak masak hari2.. kadang2 balik keje dah penat sbb balik lambat or stress keje banyak..malas n tak sempat nak masak.. ;(..

lepas tu ustaz suruh saya n en nixa tadah tangan nak berdoa dan ustaz pun doakan sekali..antara ayat quran yg saya tau mase dengar tu adalah selawat syifa' dan ayat 'lau anzalna..'.. ustaz baca dan tiupkan pada air minuman dlm botol air yg kami beli tu..

kemudian ustaz Azman suruh saya n en nixa tulis nama kat buku pendaftaran semula utk rawatan 'TEPUK'..(bukan tepuk yg macam TEPUK TANGAN tu tau!)

yg saya faham rawatan tepuk ni untuk buang racun atau santau dlm badan (kalau ada)..dan kalau jin ada dlm badan, kemungkinan pesakit akan muntah masa rawatan tepuk..(sila betulkan kalo saya salah paham)

saya dan en nixa pun menunggu semula utk berjumpa ustaz yg buat rawatan tepuk ni..mase ni saya dan en nixa terpisah..en nixa bilik lain, saya bilik lain..

saya dapat dengan Ustaz Khairudin (tengok ada tulis kat uniform), bilik rawatan no 1..lepas cerita tujuan dtg ke Darussyifa ustaz pun baca ayat quran dan buat gaya mcm scan badan..

ustaz tak sentuh pun, cuma buat gaya dan baca ayat quran.. masa rawatan ni, pintu direngggang kan supaya tak timbul fitnah.. alhamdulillah..

rawatan tepuk pulak, masa 'scan' tu ustaz terus tepuk pada tempat yg sakit tanpa bagitau kat bahagian yg sakit.mase tu tempat yg sakit adalah pinggang dan belakang..

utk muslimat ustaz takde pulak nak pegi tepuk bahagian depan..

jgn risau..ini Darussyifa'....kalau yg bahagian depan ustaz hanya lalukan tangan dari atas ke bawah tanpa tersentuh kita pun :)

result: alhamdulillah, takde JIN dlm badan..ustaz pesan beberapa perkara supaya diamalkan dan bacakan doa pada air yg kami bawa utk diminum.. :)

*komen: pengalaman berubat yg amat bermakna sebab kebetulan dapat dengar sesi rawatan org yg tersampuk jin dalam badan dia..sangat meremang bulu roma masa tu, tapi memang percaya ada makhluk Allah selain manusia yg kita tak dapat lihat dgn mata kasar.. memang tak nak nampak pun kalau boleh..huhuhu

2 comments:

  1. assalamualaikum. Hi awak. saye baru bercadang nak pegi darussyifa bangi ni. nak tanya, masa dlm bilik rawatan tu hanya kita bertiga je la kan? ustaz, kite n suami aje kan? mcm malu plak kalau ada org lain skali. huhuhu ramai tak orang hari ahad tu? saye ingat nak pegi minggu ni. thanks :)

    ReplyDelete
  2. wslm..

    dlm bilik tu hanya kita bertiga je..ustaz/ustazah dan kita suami isteri.. :)

    kalau nak dtg sy nasihatkan dtg awal pagi..cpt sikit dpt jumpa ustaz/ustazah..kalau tak takut nanti kena tgu lama..

    ReplyDelete

LinkWithin