Tuesday 17 April 2012

Pembedahan Laparoskopi

lupe nak inform..operation ni utk buang endometriosis..



saya dah buat ujian darah ca125..tapi result dia doc cantik kata result cantik sgt..saya pun xpaham apa maksud 'cantik sangat'..huhuhu

doc cantik kata mungkin endo peringkat awal ataupun dah lama yg tinggalkan parut..tapi doc cantik tak suka buat assumption..ye le..buatnye assumption tu salah, kan dah takutkan patient pulak kang..

kalo nak sahkan kena buat operation  'laparoskopi'.. baru boleh tgk betul2 apa masalah sebeno dan betulkan apa yg patut..

kat bawah ni saya gugel laparoskopi tu ape..kome blh cari jugak kat blog doc adilah, doc hamid arsyat atau doc pakar yg lain..

***********************************************


Laparoskopi


Laparoskopi merupakan prosedur harian dan memerlukan bius keseluruhan. Insisi sepanjang 0.5 hingga 1.5cm dibuat di bahagian abdomen untuk membolehkan doktor memasukkan teleskop bagi melihat organ dalaman secara langsung. Gas karbon dioksida akan dipam ke dalam abdomen supaya organ-organ tidak melekat antara satu sama lain sekaligus membantu doktor melihat dengan lebih jelas. Gas ini akan dikeluarkan semula selepas prosedur. Tiub fallopian juga akan diuji untuk memastikan ianya tidak tersumbat.
Semasa prosedur laparoskopi, punca ketidaksuburan contohnya endometriosis, dan fibroid boleh disahkan. Laparoskopi boleh dilakukan untuk tujuan diagnostik dan juga teraputik. Contohnya, sekiranya diagnosis endometriosis disahkan semasa prosedur laparoskopi, ianya boleh dirawat pada masa yang sama. Selain itu, lekatan pelvis juga boleh dileraikan semasa prosedur laparoskopi.

Sebelum menjalani laparoskopi, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1.
jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum prosedur.
2.
jangan memakai pengilat kuku, alat solek, pewangi, barang kemas atau kanta lekap semasa memasuki bilik pembedahan.
3.
memakai pakaian yang longgar supaya tiada tekanan dikenakan di bahagian pusat anda.

Selepas laparoskopi;

anda akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan muntah-muntah.

anda akan mendapati satu insisi sepanjang 1/2 inci di bahagian bawah pusat dan beberapa insisi sepanjang 1/4 inci berhampiran bulu pubis.
Sekiranya tedapat darah, pembengkakan atau kegatalan pada luka pembedahan sila dapatkan nasihat doktor.

anda akan berasa lemah dan tidak selesa untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, anda perlu bergerak dan meningkatkan aktiviti sedikit demi sedikit. Jangan melakukan aktiviti yang membebankan sehingga doktor membenarkan anda berbuat demikian.

anda boleh mengadakan hubungan seks 3 hari selepas prosedur. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih berasa sakit atau terdapat pendarahan vagina, anda dinasihatkan supaya menunggu sehingga pulih sebelum mengadakan hubungan seks.
 
**********************************************
 
sebenonye ada lagi operation yg doc cantik buat utk saya, tapi tak igt nama sains dia apa.. salah satu nya laparoskopi la..
 
doc cantik tak paksa..cuma doc kata kalo tak nak buat operation dtg follow up dgn dia hari ke2 period..
 
kalo nak buat operation dtg hr ke 9 period..
 
setelah ber pk panjang..saya pilih utk dtg hari ke 9 period...sebabnye????
 
-umo makin betambah..baik buat cepat2 sebelum percentage utk pregnant makin sikit..
 
- buat ape simpan penyakit dlm badan?
 
-kalo betul nak operate, baik operate masa tgh sihat sebelum kena kencing manis dsbnya..nanti kot2 kalo ade diabetis kan dah susah..
 
-teringat kawan kata, kalo kita cuba ada 2 kemungkinan..berjaya atau tak berjaya.. tapi kalo tak cuba, ada satu je jawapan..tak berjaya!.. baik cuba! kannnnnn? ;P
 
 
 
* akan ku cuba sampai berjaya..dengan izinNya..insyaAllah (^ , ^ ) *
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin